Thursday, March 2, 2017

INDIA : IIAS & CHAIL

Hari last kat Shimla...

Lps check-out dari Hotel Surya, kami ke Indian Institute Advanced Study (IIAS)...entrance fees INR50. Ini hanya utk masuk garden (kat luar bangunan) sahaja dan jika nak masuk dalam bangunan harganya aku lupa (hihihi). Waktu lawatan adalah start jam 10pagi bagi lawatan dalam bangunan dan perlu masuk by group sbb difahamkan ada tour guide yang akan ikut utk bagi penerangan.

Sbnrnya semalam lps balik dari Kufri, kami dah dtg sini tapi rupanya hari Isnin ditutup. Mmg sengal kan Tanish ni sbb letak letak IIAS ni hari Isnin, patutnya dia lebih tahu la bila masa boleh masuk dan bila ditutup. Bila aku marah2, dia blh ckp dgn pelat India dia...'it's okay mam, you can go anytime' Bongok, mcm la aku blh dtg sini setiap bulan...

IIAS ni rasanya dulu rumah org british, lps tu dijadikan kolej. Aku tak study pun psl tpt ni, so pandai2 lah google sendiri yer. 

Bangunan dia besar dan kelihatan sgt gothic. Masa breakfast kami ada terserempak dgn satu group dari malaysia, dia ckp bangunan ni mcm cerita harry potter. 

Aku tak dpt nak enjoy sgt sbb sejuk. Ambik gambar pun gigil2.












Kemudian kami terus ke Delhi. Dari Shimla ke Delhi lebih kurang 9 jam. Stop kejap kat Palace Hotel, Chail. Blh masuk sini walaupun tak menginap. Sekali masuk kena bayar INR100 seorang. Kami lunch kat sini. Mula2 plan nak solat terus kat sini, tapi tak sanggup nak ambik wudhuk sbb air sejuk gila. No hot water yer dlm toilet. 

Masa lunch kami order sandwish utk Santosh jugak, tapi waiter tu ckp, utk driver ada disediakan 'servant meal' dgn caj hanya INR50. Boleh mkn sampai kenyang, berbanding jika kami order sandwish yg harganya INR200 dgn 4 keping roti shj. 

Dari pamplet kat pintu masuk, tertulis The Palace ni dibina pada thn 1891, kemudian skrg dijadikan hotel.

Kat sini mmg berkali ganda sejuk. Masa lunch, ada heater kat sblh. Rasa mcm nak masuk jer dlm heater tu.








Sepanjang jalan balik ke delhi dari shimla sgt mencabar dgn lalu tepi gaung. Berselisih dgn kenderaan sana sini.

Berhenti beli limau...




Kami mintak Santosh berhenti kat mana-mana utk solat, malangnya dia ni tak faham ckp english, bila kami sebut masjid, baru dia faham. Dia ada la call sapa ntah, pastu org tu kot yg suruh dia keluar highway masa kat Chandigarh dan lalu jalan kampung. Jenuh mencari masjid sepanjang jln sampai kami terlepas solat. Kawasan ni mmg ngeri, kalau si Santosh ni berhenti mmg confirm aku tak akan turun. Seram weh....slum area...

Masuk semula highway, aku mintak dia stop kat rest area, tapi dah terlambat. Dah masuk maghrib dah time tu. 


Dugaan lagi, masuk jer delhi, Santosh ni sesat pulak nak mencari hotel kami. Phone dia takder internet, tak leh la nak guna waze ke apa. Dkt kul 11 mlm jugak kami selamat sampai kat hotel. Terus call room servis sbb kelaparan gila2. Kali ni kami order mmg bernafsu abis, balas dendam ngan Tanish sbb tukar hotel kami masa kat Shimla. Order siap dgn desert sekali. Aku kira total mlm tu hampir INR1200 tak termasuk tax. Aku order plain rice ngan 2 lauk, kawan aku order nasi briani ngan 2 lauk. Tersandar kenyang....

Hotel City Star ni ada wifi, time ni baru aku blh marah2 kat Tanish. Sblm dtg lagi dia sebok nak tukar hotel yang aku dah pilih. Bila aku berkeras nak jugak hotel city star kat new delhi, dia main kotor pulak kat shimla. 

Sikit gambar Hotel Surya, Shimla. Actually hotel ni bukan lah teruk sgt, tapi sbb rasa kena tipu tu yg jadi berasap tu. Aku setuju dgn harga yg dia letak berdasarkan hotel yg aku pilih, bila dia tukar hotel tanpa adjust balik harga pakej, tu yg aku angin tu.

Hotel Surya yg kecik sblh Baljees Regency tu..


Bilik nampak baru refurbish. Moden. Ada karpet. Bilik air pun okay. Cuma satu shj, takder tingkap. Hotel ni mengadap view yg sgt cantik sbnrnya, tapi disebabkan bilik kami ni bersambung dgn Hotel Baljees, maka tingkap tak berfungsi. Ada tingkap, tapi tak leh bukak sbb terhalang dgn dinding hotel sblh, faham ka aku cerita???

bilik pertama
Malam kedua, kami tukar bilik.

Nak tingkap yg ada view. Receptionist tu dah ketaq ngan kwn aku sbb smlm kami dah marah dia sbb takder wifi, cepat2 dia suruh staf hotel pegi tolong kami pindah bilik. Level yg sama iaitu tingkat 4.

bilik kedua




Bilik ni sgt mendukacitakan. Lantai sejuk gila2, no carpet. Bilik air teruk dgn hanya ada dua bulb saja berfungsi,perabot sgt usang. Pastu perabotnya gaya mcm set bilik pengantin. Katil, almari solek dan alamari baju semua sama design.

Tingkap sgt berdebu, mcm bertahun2 tak sapu.



Air mineral tak disediakan kat sini. Selalu hotel kasi free kan, tapi kat sini kena bayar. Dua botol air mineral 1.5l tu kami kena caj INR68.

view dari tingkap bilik

ke kanan sikit

ke kiri sikit

Tpt breakfast kat rooftop. Limited menu. Disebabkan aku masih berpantang minum teh, aku request hot choc. Ingat kena bayar, rupanya tak. Sejuk hati...

view dari cafe kat rooftop

2 Comments:

Scdha Sein (SS) said...

bila lah daku mahu sampai hindiaaa nih... haihhh...

liza said...

SS...best india. Caya lah...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com