Lumut

Trip ni secara tiba2. Aku dpt msg dari abg aku yg adik wife dia meninggal kul 11.30 mlm. Tp sbb aku ni pesen tido awal, pagi esoknya baru aku baca. Kebetulan hari sabtu, so my mum ajak la gi ziarah. Rumah keluarga kakak ipar aku kat area bota, perak. Bergeraklah kami lps breakfast. Exit Gopeng dan lalu lah segala tpt yg nama Parit. Ada Parit Tengah, Parit Jawa dan mcm2 lagi.

Elok sampai, org dah balik dari kubor. Besan mak aku suh tunggu mkn tengahari. Lps mkn kami beransur balik. Mula2 ingat nak lajak ke Penang tp mak aku ajak ke Lumut. Ok Lumut la kita. Set waze utk ke Marina Cove....sampai2 jer tgk mcm usang jer. Haishhh seram la pulak. Pastu ke swiss garden. Ini lagi lah....mau 10km dari jln besar. Patah balik....terus ke bandar Lumut. Masa tu dah 6.30pm, kami blm solat lagi ni. Nampak Orient Star. Ok la jom walk in. Sblm tu aku try check harga bilik. Satu mlm rm248 (agoda.com) dan rm252 (booking.com). 

Sampai kaunter...harga direct dgn hotel lg mahal. Budak kaunter suh aku booking dgn agoda. Save la dlm rm20 kot. Kami ambik deluxe room yg mengadap laut. 

Tambah extra mattress utk bibik mak aku dgn bayaran rm35. Harga ni termasuk satu tilam, bantal, towel, selimut dan voucher breakfast. Ok la kan....





Lps solat, kami keluar pegi mkn. Pusing2 pekan lumut. Mak aku kata esok jer shopping ikan bilis. 

Balik jer bilik, mak aku dan bibik terus lena. Time tu baru kul 11 mlm. Mula2 aku tutup semua lampu kecuali bilik air. Aircond pun tutup sbb mak aku tak tahan sejuk.

Pastu rasa lain mcm. Tak tau la nk ckp mcm mana. Resah tak blh nk tido. Pusing kiri pusing kanan. Bila aircond tak pasang, bilik jadi sunyi sepi. Apa2 bunyi pun blh dengar. Ada la sekali dengar mcm troli kat luar bilik tp hati aku kata bell boy hntar barang sbb masih awal kan. Hampir 15 minit gak aku paksa mata utk lelap. Tak mau jgk dia, aku bangun bukak lampu, on aircond dan kejut bibik suh urut belakang aku sbb rasa tetiba mcm sebu perut. Dah lps sapu minyak angin semua, baru blh lelap. Lampu aku biarkan terpasang.

Selama aku duk berjalan2 ni....aku mmg tak pernah ada mslh nk tido. My two travel buddies mesti tahu. Letak jer kepala, aku terus hanyut. Kdg2 mandi pun tak sempat. 

Tgh mlm kot...aku tak tau pukul brp....tiba2 mak aku terbangun. Dia dengar org ketuk pintu dan suara menjerit2 kat luar bilik. Mak aku kejut bibik sbb ingatkan bibik mengigau. Pastu ada bunyi air dlm toilet. Seram okay....mak aku bangun pegi jenguk toilet tp tak nampak air keluar. Siap bunyi flush toilet lagi. Aku mcm mamai2 bangun sbb terdengar mak aku duk ckp2 dgn bibik, tp mengantuk menguasai diri. Aku cuma jwb org bilik sebelah kot. Pastu sambung tido...blh???

Bangun pagi esok, aku gi jenguk kat balkoni. Nak check betul ker ada org bilik sblh. Tapi mcm takder tanda2 berpenghuni pun. Nak sedapkan hati mak aku, aku ckp bilik atas kot. Hihihi

Breakfast hotel ni quite okay jugak. Byk menu. Lps mkn kami balik ke bilik utk rehat2. Mak aku sambung tido sbb mlm tadi dia tak leh tido. Hiksss





Masa check-out ringan jer mulut nk cerita kejadian tu kat receptionist. Tp malas nak buat huru hara. Lagipun aku mcm tak nak terima kenyataan yg kami kena kacau....hikss

Kemudian kami gi shopping (kami beli ikan bilis dan segala mala ikan masin kat hasil laut jamilah). Tak blh pakai la tag harga kat plastik tu sbb nnti bila kat kaunter, harga lain. Makin murah okay.

Aku beli rm25 ikan bilis mata biru (aku tgk itam jer mata), dua paket satay ikan (rm4). Dua barang ni jer aku confirm harga brp. Kemudian rm15 utk satu buku belacan, 3 jenis ikan masin, dan sepeket udang kering. Kalau tgk kat tag udang kering pun dah rm12.80. Aku tak tau la makcik tu kira mcm mana. Dia congak jer... aku harap betul la dia kira. 

Kat luar kedai siap ada minuman free. Air asam boi dan air jambu. Aku siap tapau. Hahahhaha

Dari lumut aku set terus address rumah aku, waze bg arahan ke kiri, tp signboard tulis kanan. Mana nak percaya? Last2 aku off waze dan aku ikut jer signboard. Sampai teluk intan aku on balik sbb rasa mcm dah tersesat kot. Kami lalu siap dlm kelapa sawit, sawah padi, dusun durian dan mcm2 lagi. Sepanjang jln org jual nira. Apa tu? Mak aku kata tuak (nama kat kelantan). Yer kot...

Akhirnya kami exit sungkai. Alhamdulillah. Mak aku dah lega, kalau tak sepanjang jln dia duk bertasbih sbb takut ada apa2 kat tgh jalan. Niat nak makan mee sup pak tam kat tapah tak dpt. Next time.

Sampai jer rumah, aku terus suh abg aku risik2 sedara bini dia psl orient star ni. Betul ke ada ju on. Abg aku kata setakat ni blm pernah dengar tp kalau marina cove tu selalu. Huhuhu patut la lain mcm jer tpt tu. 

Jadi aku tak tau yg mak aku dengar tu mmg betul2 atau mistik. Nak kata perasaan mak aku, bibik pun dengar yg sama. Aku jer tak dengar sbb tido mati. Hikss....tp jgn krn pengalaman kami ni buat org lain tak nak menginap kat situ. Baca lah apa2 kan....

Sekian cerita percutian yg tak dirancang.

Total belanja:
minyak kereta pegi balik : rm60
toll : rm40
hotel : rm248+rm35
dinner : rm25
lunch : rm20

===  rm428 utk 3 org. 
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

Hishh kena kacau masa bercuti ni yg tak best ni. Apa pun nasib baik takde pape phew!

Balas
avatar

Hahahaha.....pengalaman

Balas
avatar

Orient Star..harga pun mahal...adus kalau kena 'kacau' mcm ni eee...dan dan tu lah JM lari kluar tukar bilik...x sanggup...x leh lena tdo huhu

Balas
avatar

JM...kalau sorang mmg lari keluar...silap2 sanggup tido kat kaunter....hahahha...

Balas
avatar

famili mertua khai selalu tidur sini kalau balik kg. sebab ni antara yang termurah dan kg dah tak ada. tapi pernah la dengar mcm main alih2 perabot tapi selalu sedapkan hati ckp mungkin bilik atas. sebab selalu penuh je hotel ni bla khai pergi hehe

Balas
avatar

Lokasi hotel ni yg best...senang nak mkn dan senang nak shopping.....hahahha

Tp tu lah....sampai skrg kami menafikan yg kami kena kacau....hihi

Balas