Kuching, Sarawak

Ini kali pertama aku ke Kuching.....

Tarikh : 19 Okt 2015 - 22 Okt 2015
Flight : Air Asia RM165 (pegi) Malindo RM140 (balik)
Hotel : RM270 p/night
Tour half day (8 pagi - 3 ptg) : RM250


Sbnr nya aku dpt short notice utk pergi conference kat Kuching iaitu seminggu sblm conf. Yuran conf tak termasuk penginapan. Kena booking sendiri. Fikir punya fikir, baik aku tido kat hotel yg sama conf berlansung. Senang...kalau rasa boring boleh balik bilik, tido. Hehehhe....

Aku dpt gov rate utk hotel iaitu RM270 satu mlm. Since kelayakan aku cuma RM140 shj, maka kena menambah la duit sendiri sebanyak RM130. Dah alang2 kena tambah, aku bawak sekali mak dan bibik ikut aku. Plus extra bfast utk bibik, total jadi RM310 per night. 



Tiket flight dah mahal time aku booking. Kami pergi dgn AA dan balik dgn Malindo. Aku cuma beli luggage 15kg shj, ingat blh lps 2 beg. Tp hnya satu shj lps. Lg 2 beg kena hand carry. Kena tahan kat pintu masuk sbb beg satu tu mcm besar sikit. Staf AA bawa ke kaunter utk timbang. Berat 8.4kg. Lebih 1.4 kg je kot, staf tu mintak aku keluarkan brg2 bg dpt 7kg. Adoiii

Aku pre order siap2 meal, dua nasi tomato dan satu nasi ayam. Ni utk mkn mlm sbb aku tak tau lagi camner keadaannya nnti kat hotel. Senang atau susah nak beli makan. 

Dari airport kami naik teksi ke hotel. Bayaran RM26 per taxi.

Proses check-in agak slow bagi aku. Ada la dkt 15 minit baru dpt bilik. 

Bilik okay dgn dua katil twin. Bibik tido kat bwh alas toto yg dah siap2 bawak dari rumah. Towel dan bantal aku minta extra (foc).

Mlm tu kami pegi waterfront....jln2. Kedai2 semua dah tutup. Beli teh o ais bungkus RM3.50. Mak aihhh mahal gila.

Jumpa gerai jual kain batik sarawak, dan kain batik yg blh jahit baju kurung. Tp dia potong 2 meter 2 meter. Tak blh nak beli sbb tailor aku marah bila bg kain yg potong mcm tu sbb katanya susah utk org size aku. Well...

Dah penat merayap dpn waterfront tu, kami kembali ke hotel dan menjamu selera dgn mkanan AA.

Nota: dkt waterfront ada lbh 5 gerai makan....so tak pyh nak risau tak ada makanan.

Hari pertama seminar. Bawak mak aku breakfast dulu dan baru aku gi seminar. Masa breakfast bibik mkn sikit sgt. Tak lalu katanya sbb awal pagi. Nak cepuk jer rasa. Kalau tahu mcm ni baik tak pyh ambik bfast. Order room service lg baik kannnn

Kursus aku dari pagi smpai ptg. Mak aku lepak2 jer dlm bilik. Kami dpt bilik mengadap sungai. Tghari aku naik ke bilik dan tolong order room service utk mak aku. Nasi goreng RM34. Order satu shj sbb mak aku kata blh share dgn bibik.

Mlm tu ada dinner. Dan mak aku ikut sbb salah sorang peserta tak nak join dinner dan bg tpt dia kat mak aku. So nice of her. Bibik.....mkn roti kat bilik. Aku ada bwk maggi, roti dan nasi lemak. Takder nyer nak kebulur...


Hari kedua seminar. Tghari aku orderkan nasi goreng utk mak aku dan mlm kami mkn2 dpn waterfront. Dua nasi goreng ayam, satu nasi goreng ikan masin, dua teh o dan satu teh o ais = RM35

Hari ketiga ada tour yg diuruskan oleh sekretariat. Tapi aku tak join tu, sbb sorang kena caj RM185. Kami ambik driver utk bawa jln2 sekitar kuching. Pak jamil caj RM250 sehari. Toyota innova. Aku request kereta besar sbb ada wheelchair.

First dia bawa kami ke kedai satok beli ikan terubuk masin, pegi cat museum, pegi kedai kek lapis mira, dan taman orkid. Lps tu hntar kami balik hotel utk packing. Lps settle check out pak jamil jemput kami semula kul 12.30 tghari





Pak Jamil bawa kami ke muzium sarawak, mkn mee kolok kat kopi o corner (sedapnya mee kolok) dan shopping kat kedai2 dpn waterfront. Pukul 3 ptg pak jamil hantar kami ke airport. Aku terpaksa terhadkan tpt2 yg nak dilawati sbb aku kena ambil faktor kerusi roda. Nanti aku jer enjoy tp mak aku tak. 

Flight malindo bg free 15kg setiap org. So settle 3 beg dpt masuk kargo. Tinggal satu beg yg isi kek lapis dan ikan terubuk saja yg aku kena jinjit masuk flight.

Sampai klia2, aku ambik teksi. Sbbkan ada wheelchair, terpaksa ambik yg premium. Byrn nya RM84.50. Driver perempuan dan kereta sonata. Selesa... Sampai rumah dah hampir 11.30 mlm.

Sekian coretan seminar sambil melancong ke Kuching. Wpun sehari sahaja jln2 kat bandar kuching, tapi aku dah puas hati. 

Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Sambil menyelam kita minum2...hehe

Balas
avatar

bab extra luggage tu terjadi kat sorang budak tu di airport Yogja...ntah mcm mana leh lepas kastam bila sampai tempat boarding hal...ada staff AA tahan dan tak benarkan dia masuk...perlu kurang barang, passport kena pegang..JM dan kawan nampak budak tu gelisah..then kami tanya dia..rupanya luggage lebih 10 kg...so kami decide keluarkan brg2 budak tu masuk dkm luggage kami...mmg strict sikit bab tu

Balas
avatar

Betul Mie...sekurang2nya flight tiket dan hotel separuh dah covered by ofis...hihihi

Balas
avatar

Sblm2 ni me tak pernah sangkut part beg2 ni...mungkin sbb beg kecik wpun lebih 7kg. Kali ni mmg tak brnasib baik...emmmm

Balas