Friday, March 20, 2015

UMRAH 2015 : MADINAH

Spt dlm entri sblm ini, aku ada ckp yg tarikh kami berangkat diubah dua tiga kali. Sepatutnya tarikh 18 Feb tapi jemaah penuh. Yg ini direct ke Madinah. Kami cuba merayu tp akhirnya kami diberi tarikh baru iaitu 22 Feb penerbangan ke Jeddah menggunakan MAS. Ok...fine...blh gak kumpul enrich...hahhahh

Ok now cerita agak over sikit...hihi...ok period aku agak tidak normal. Bln Jan dtgnya 4hb so aku bajet utk bln Feb paling lambat dtgnya 8hb lah. Sekali sampai 10hb pun ia belum memunculkan diri. Adehhh suspen gak ni.

Aku terus jumpa doktor dan dpt ubat nama Gyenaecosid. Ubat ni blh utk mempercepatkan haid dan juga blh melambatkan depend pada cara mkn. Aku mkn sebiji sehari selama dua hari. Pada 13hb ia tak muncul jgk. Makin suspen. Aku pun gi jumpa lg sekali doktor. Doktor pun gelabah jgk siap geleng2 kepala. Dia kata kena tunggu dua tiga hari sbb mcm degil jer kan. So next appointment aku adalah 18hb.

Aku cuti keje sepanjang tempoh tu saja nk hilangkan stress. Antara punca haid tak normal adalah tekanan, bkn aku ckp tp doktor ckp. Hahahha Yer mmg tertekan pun. Abis jer closing ujung thn bersambung plk dgn gst. Heemmmm

Alhamdulillah 18hb tu dia dtg. Rasa gembira yg amat. Pastu aku kira2 tarikh nak ke Mekah iaitu 22hh...means time aku kat Madinah akan ada jgk yg aku tak dpt solat jemaah. Terpaksa redha...ini jgk ujian dari Allah. Kalau umrah 2008, aku cuma sempat solat sekali shj di Masjid Nabawi sbb uzur...kali ni aku doa supaya dpt solat lebih lg. 



Bertolaknya kami 6 org bersama peserta yg lain. Dlm grup kami ada 4 org vvip. So mereka suami isteri naik business class. Kami rakyat marhain naik lah ekonomi. Seat penuh. Boeing 777-200 dan seating nya adalah 2-5-2. First time naik yg mcm ni.

Kami 4 org dpt yg seat 5 manakala abg aku dan wife dia dpn kami. Flight kul 3.30 ptg. Mmg tak leh tido sbb bkn time tido kan...maka aku pun tgk lah movie big hero 6. Tetiba ketawa aku memecah kesunyian. Lawak tul citer tu. Mak aku dah jegilkan mata...hihihi yer ar nk gi umrah pun sebok lg dgn cerita. Aisshhh mak aku tak tahu aku siap download running man episod baru lagi cuma tunggu mak aku lelap jer. Hahahahah

5 minit sblm landing, pramugari dtg ckp yg mak aku kena turun last sbb wheelchair. Ok. So bila dah semua org turun barulah kami turun. Aku dan mak aku naik bas khas manakala yg lain naik bas biasa utk ke terminal. Dah settle semua imigresen ngan ambik beg, kami dah suspen. Mana grup kami yg lain? Team leader pun xder. Abg aku dah start angin. Sabar2 kita dah sampai mekah ni.

Keluar jer kat hall, kami cuba call team leader. Dlm sebok2 tu dtg satu pak arab. Mintak passport dan dia angguk2. Lps tu dia call sapa ntah dan kemudian ckp kat kami suh tunggu kat situ. Aishhh lg suspen dgn pak arab ni. Time tu jgk kami dpt ckp dgn team leader. Rupanya diorang salah terminal. Patut ke terminal haj tp bas hantar diorang ke terminal international. Nasib baik pak arab tu tlg call kawan dia dan dari situ baru lah kami dpt ckp dgn team leader. 

Tak abis lagi ni.....bila geng2 yg salah terminal tu dtg kat tpt kami utk pick up kami dan juga claim beg2 diorang, beg2 tu dah selamat dibawa ke terminal lg satu. Ya Allah....sekali lg terpaksa patah balik ke terminal tu. Dah mcm saie dah rasa. Ulang alik ulang alik. Patutnya semua settle dlm 3 jam kami ambik masa hampir 5 jam. Maka sampai ke Madinah agak lewat. Sampai2 jer azan subuh dan yg lain2 bergegas ke masjid tinggal lah aku sorang2. Hemmm nak mandi hadas pun tak sempat. 

Hotel kami di Madinah adalah Mercure Hotel. Bilik kami adalah utk 4 org. Ada satu katil king dlm bilik dan dua extra bed kat living area. Siap bg free espresso. Melantak sorang2 aku sbb yg lain tak reti minum kopi. Hihihihi



First lunch kami bersama grup dari indon. Maka lauknya ala2 indon/jawa la. Mungkin ada ahli grup kami komplen maka slps tu kami mkn kat hall lain. International buffet. Meriah wokk. Siap ada lamb chop bagai. Haishhh mau bertambah gemukss ni. 

Dipendekkan cerita....aku dpt solat jemaah di masjid nabawi lebih byk dari thn 2008 dgn bilangan mandi hadas yg byk jugak. Dlm sehari ada sampai 2 kali mandi. Selalunya zuhur dan isyak dpt berjemaah.

Camner nak explain ek....gini lah. Cth masa bangun tu ada, aku skip subuh. Dlm kul 11 tgk bersih. Aku mandi dan siap2 utk gi zuhur. Bila nak gi asar tgk ada balik. Asar maghrib skip. Lps tu tgk dah bersih cpt2 mandi dan gi isyak. Aku byk tolak wheelchair mak aku, itu yg kejap ada kejap takder. Byk guna kederat weyy tolak wheelchair ni tmbah pulak nk mengelak dari langgar org. Bertabah la bila lalu kat tpt2 peniaga jual brg tepi jalan. Konar baring beb...hahhaha pasrah je mak aku dgn driver ni. 

Shopping kat Madinah. Byk jgk aku melabur kat sini. Beli sejadah kat kwn2 ofis. Beli kurma, beli mainan utk cucu sedara dll. Abis jgk dlm 300 riyal (RM97=100 riyal).

Hari keempat kami bertolak ke Mekah iaitu slps solat zuhur. Niat di miqat Bir Ali. 

Bersambung.....

2 Comments:

Unknown said...

assalamualaikum. saya nak bertanya pasal puan/cik bawak mak pergi umrah dengan wheelchair.. mak puan/cik memang tak boleh berjalan @ tak larat berjalan ye? sebab saya ada niat nak bawak mak pergi umrah. tapi buat mase ni mak saya memang tak boleh berjalan sebab ade masalah saraf.

liza said...

Wsalam.....Mak saya blh berjalan tp tak blh lama/jauh. Nak gi masjid kena tolak...solat duduk kat wheelchair...
InsyaAllah akan dipermudahkan....

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com