SYDNEY & MELBOURNE : DAY 8

25-11-2017


Awal pagi dah berlaku perkara melucukan la plk...kakak aku cuba panaskan makanan lebih mlm tadi dlm microwave...tp hangus dan menyebabkan satu bilik penuh asap...

Aku dan dua anak sedara aku kat bilik sebelah....tiba-tiba dengar org ketuk pintu...mak aku nak masuk bilik kami...bilik sebelah dah penuh asap...kata mak aku

Anak sedara aku berlari keluar hotel utk buang pizza yg hangus tu....sib baik smoke detector tu tak berbunyi or keluarkan air...kalau tak sure kami kena bayar penalti...

Satu hall tu berbau asap....semua org dah cuak...

Lps check-out, kami singgah kejap kat QV...shopping lagi

Aku yg pada awalnya bkn nak shopping pun terikut sama....borong la pencil case pelbagai size 5 ketul aud10....beli kasi kwn2 kat ofis....kalau depa tak nak guna...kasi anak masing2...

Harga lebih kurang mcm kat sydney's market

shopping bag 3/4/5 ketul aud10 (depend of size)
wallet kulit kangaroo (kata penjual turki tu) 2 ketul aud25
coins purse jenis kulit 4 ketul aud10
 towel 2 helai aud18
FM besar 5 ketul aud10
FM sepapan aud2.5

Kemudian kami ke airport....pegi awal sbb nama aku tak leh check in online...kakak aku buat lawak ckp nama aku mungkin terpilih utk business class....yo la sgt...

Rupanya mamat yg serve kami masa kat KLIA hari tu pi letak nama aku sbg wheelchair user...hampeh betul...

Senyum jer minah salleh kat airport...yer lah aku kot yg berdiri nak check in tetiba keluar nama aku perlukan khidmat wheelchair...

Cerita wheelchair ni tak abis sampai sini....dlm flight pun pramugari cari aku sbb nak ingatkan aku utk disembark last sbb aku request wheelchair...kena tunggu sampai wheelchair ada baru blh keluar...hampeh...semua duk gelak kat aku

Flight tak lewat...smooth shj.

Flight penuh dgn org india....heran aku....masa gi Auckland last year pun sama...flight penuh ngan geng depa...

Mak aku tak leh tido sgt sbb ramai kanak2 yg duk menangis....

Takder plk gambar kami dlm flight mahupun kat airport...semua penat dah...tak kuasa nak bergambar bagai...

Gambar aku kat bald hill pun blh laaa...


home sweet home....

eh.....

ni bukan rumah aku tp rumah yg aku jumpa kat corrimal beach...



Total keseluruhan....per person adalah RM5,298.99 (tidak termasuk shopping)

petrol utk 5 hari - RM109 per person
food - RM241.28 per person
sewa kereta - RM311.11 per person
Hotel - RM1,235.58 per person
Aktiviti - RM713.29 per person
Toll - RM12 per person
Taxi airport - RM85.53 per person
Flight - RM2283+RM238

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 7

24-11-2017

Plan asal kami nak ke Apollo Bay dan seterusnya ke Port Campbell, tapi kerana kesihatan mak aku tak mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik ke Melbourne. 

Sebelum bertolak ke Melbourne, kami merayau kejap kat pantai. Awal pagi pun dah ramai org


Bertolak ke Melbourne..

Stop kat pintu gerbang Great Ocean Road utk ambil gambar...konon2 dah sampai wpun hanya sampai Lorne shj...

byk mkn bateri budak ni....

Dari jauh nampak rumah api ni. Bila aku tnya yg lain nak singgah ke tak nak, semua tak nak


Sampai Melbourne terus ke QV Market. Mak aku dah start hepi dah...

Trip dgn warga emas ni kena byk sabar dan tak boleh penting diri sendiri. Mak aku dia tak enjoy sgt pemandangan ke apa, bila kami duk ckp pantai kat sini cantik, mak aku ckp pantai kat terengganu lg cantik...hahahahaha

Apa yg mak aku suka?? Shopping. Jgn tak tau, mak aku borong 18 biji beg utk kwn2...

Dan mak aku lebih hepi kalau duk area bandar, nampak ramai org dan ada kedai2...

So keputusan kami utk patah balik ke Melbourne dari Lorne adalah keputusan yg bijak. Cuma kesian dkt depa la, aku okay jer sbb pernah sampai GOR

Mak aku yg hepi dpt tgk bunga segar....


Malam tu kami tido kat Comfort East. Yg ni konsep hotel bkn apartment, so kami terpaksa ambil 2 bilik.

Malam tu semua keluar ke city centre (kecuali mak dan sorang kakak aku). Dari hotel jalan kaki ke tram terdekat dan naik tram menghala ke city centre. Kalau dulu kena bayar kecuali naik tram free yg caler cekelat tu, now semua tram free as long as stop dlm free tram zone.  



Stop kat Flinders Street Stn dan aku tunjukkan hostel aku pernah duduk dulu kat anak sedara aku. Masih sama tapi kedai kebab halal tepi tu dah tak ada, ganti dgn kedai pizza kot.

Kebetulan ada sambutan Thanks Giving dan sale Black Friday, agak meriah kawasan tu.

Dan juga ada kumpulan yg buat rusuhan secara aman, marahkan kerajaan kerana bebaskan pesalah lebih awal, kalau tak silap pemahaman aku la. 

Depa ni duk sebelah2....geng yg tgh duk count down lampu pokok krismas dinyalakan utk thn 2017 dan geng lg satu duk buat rusuhan

Kami naik cab masa balik sbb dah sesat barat, ramai sgt makhluk dan tram map takder, main agak2 jer sudahnya menyimpang jauh sgt.  


SYDNEY & MELBOURNE : DAY 6

23-11-2017

Kami santai2 je pagi ni. Check-out kul 10 pagi dan ke Puffing Billy. Kami booking train yg kul 12.30 tghari. Empat dewasa naik first class dan dua remaja tu naik yg biasa sbb depa nak goyang2 kaki kat tingkap train...

Pusing2 town kat situ, takder apa pun. Beso lagi bandar bangi ahahahaha

Lama jugak menunggu utk naik train


Kami ambik yg steam & cuisine - bayaran seorang aud103. Ini untuk keselesaan mak aku supaya tak berebut masa naik...

Menu nyer amatlah kurenggg.....kita hanya blh pilih seafood atau vege shj, sgt limited pilihannya..


Dan aku jumpa cekedis halal...

Dari Puffing Billy kami ke Lorne

Stop makan kat Geelong. Indian restaurant.

Hotel kami adalah Cumberland Lorne. 2 bedroom dgn harga RM1226.91, seorang RM204.48

 

SOROTAN 2017


Januari

Aku dan my best buddy ke India selama tujuh hari...plan asal nak ke Kashmir tapi terpaksa dibatalkan kerana ada pergolakan di sana. 


Mac

Balik kelate sbb dua org anak buah aku kawen...
sorang wat kat rumah...

sorang wat kat dewan

Jun

Alhamdulillah.....dpt surat kenaikan pangkat...

Dan dpt surat juga utk tukar seksyen....sujud syukur sbb dah terlepas dari closing. Lapan thn aku bergelumang dgn closing yg makin lama makin mencabar...

Dan utk year end 2017 aku terlepas dari seksaan closing...tima kasih boss!!!



Ogos

Balik kelate lagi...pun sbb anak buah kawen..

Dapat surat semakan cukai 2012, 2014 dan 2015. Penalti under subseksyen 113(2) sebanyak RM3,167.86 kena byr within one month. Berpinau kejap bila dpt surat tu...

Slps dua minggu dpt settle...aku kena bayar RM60.22 shj. Alhamdulillah....tak payah la nak penalti aku sgt....tax ni mmg aku belajo laaaa.......

Sep

Aku pindah ofis baru. Seksyen baru. Harap2 semua selamat dan berjalan dgn baik...


Nov

Family trip ke Sydney dan Melbourne...seterusnya sambut besday kat sana...yayyyy


Disember

Weekend gateway ke Tanjung Balau, Johor

Utk thn 2018 aku mengharapkan kesihatan aku bertambah baik (berat aku dah bertambah sikit, alhamdulillah)...jom amin sama2....terima kasih